Tentang Kami

Aurarich 2u Dot Com ialah sebuah halaman web yang menjadi salah satu platform pemasaran bagi produk Aurarich. Halaman web ini dilancarkan pada 12 Julai 2018 sebagai salah satu medium pemasaran bagi pihak Global Northern Rich yang beralamat di No. 3-A Tingkat Atas, Lorong 1, Projek Perumahan A am(II), 36700 Langkap, Perak.

Global Northern Rich diasaskan oleh Puan Nor Ghazali. Beliau sebelumnya merupakan stokist bagi produk kesihatan Cosway selama tiga tahun di Tesco Extra, Bercham, Ipoh, Perak. Semasa bergerak aktif sebagai seorang stokis, beliau mempelajari selok belok berkenaan perniagaan daripada Mentor Kuasa Bayangan. Hasil daripada pembelajaran tersebut, Puan Nor Ghazali terinspirasi untuk menghasilkan minyak aura.

Hasil pengalaman dan kajian yang mendalam tentang keberkesanan minyak aura selama dua tahun, maka pada 1 Januari 2018 terhasillah produk aura yang bermutu tinggi iaitu Aurarich. Dalam masa enam bulan, produk ini telah mendapat sambutan yang baik daripada penggunanya. Kini produk Aurarich telah melebarkan sayapnya ke seluruh negara. Dengan 21 orang stokis, Global Northern Rich telah berjaya memasarkan produk Aurarich ke pasaran luar negara. Antara negara tersebut termasuklah Indonesia, Brunei dan Singapura.

 

Matlamat
– Menubuhkan pusat kajian dan pengeluaran produk aura yang diiktiraf dari aspek penghasilan produk yang berkualiti dan terjamin berkesan.

Misi
– Mencapai jualan 9 Juta unit produk Aurarich dengan pasaran di 10 buah negara pada tahun 2025.

Visi
– Menjadi syarikat global yang mengawal selia dan memberi penarafan bagi pengeluaran dan pasaran produk berkaitan penjagaan aura.

 

Untuk pelan masa hadapan pula, pihak Northern Global Rich menjangkakan peningkatan jualan sehingga 10% bagi setiap suku tahun sebelum menjelang tahun 2020. Dengan jangkaan peningkatan jualan ini, pihak syarikat yakin akan kemungkinan bahawa produk Aurarich bakal menarik para pelabur untuk turut sama melabur dalam pembangunan produk ini.